Panduan Taruhan Sukan: Cara Bertaruh Pada Sukan Untuk Rekreasi & Keuntungan

Pernahkah anda sedar bahawa pertaruhan sukan telah wujud berabad-abad lamanya? Sejak manusia mula bermain sukan, ada pula golongan yang membuat taruhan ke atasnya. Sebab mengapa orang ramai bertaruh pada sukan adalah sama; pertaruhan sukan itu seronok dan mereka berpeluang memenangi wang.

Biar kita mengaku sahaja. Ia lebih seronok untuk bertaruh pada sukan berbanding faktor penghasilan wang. Itulah sebabnya ramai yang tertumpu pada keterujaan yang dihasilkan oleh jenis perjudian ini. Malah anda boleh katakan bahawa majoriti petaruh sukan merupakan “petaruh rekreasi”. Mereka ingin menang jika boleh tetapi itu bukan keutamaan mereka. Mereka suka menguji pengetahuan sukan mereka dan berseronok pada masa yang sama. Lazimnya mereka adalah peminat sukan yang mempercayai bahawa sedikit wang taruhan akan meningkatkan tahap keterujaan semasa menonton perlawanan.

Kebanyakan petaruh rekreasi ini mampu menghasilkan wang daripada taruhan itu namun mereka tidak menyedarinya. Biasanya mereka mempunyai pengetahuan sukan yang mencukupi; mereka hanya tidak tahu cara untuk mengguna pakai ilmu tersebut. Mereka tidak memahami strategi yang terlibat dan tidak berminat untuk mempelajarinya.

Namun demikian, terdapat ramai orang yang bertaruh hanya dengan tujuan menjana keuntungan jangka masa panjang. Ada antara mereka sungguh berjaya dalam melakukan ini. Terdapat ramai petaruh profesional di seluruh dunia yang menjana pendapatan yang bagus daripada pertaruhan sukan. Yang lain pula mampu menghasilkan pendapatan sampingan yang mencukupi. Ada di kalangan mereka yang belum mencapai matlamat mereka tetapi nekad untuk terus mencuba.

Dalam panduan taruhan sukan ini, kami menyediakan maklumat untuk SETIAP ORANG yang berminat dengan pertaruhan sukan. Kami menyediakan tinjauan pantas tentang kandungan panduan ini di bahagian “Tentang Panduan Ini”. Selebihnya dalam halaman ini didedikasikan kepada penjelasan terperinci tentang apa yang kami tawarkan. Walaupun ada faedahnya untuk membaca seluruh halaman ini, anda boleh melangkau terus kepada mana-mana bahagian lain jika anda mencari sesuatu yang spesifik.

Adakah anda petaruh pemula dan ingin bermula serta-merta? Jika ya, lihatlah panduan cepat taruhan sukan kami. Di sini anda akan menjumpai garis kasar yang menerangkan perkara-perkara utama yang anda MESTI tahu!

Tentang Panduan Ini

Panduan ini bukan sekadar komprehensif. Kami percaya bahawa ia adalah salah satu sumber yang terbaik mengenai taruhan sukan di Internet dan berkemungkinan besar sumber yang utama di luar sana. Baik, mungkin kami sedikit berat sebelah. Anda boleh menentukan sendiri kehebatan panduan ini, tetapi kami yakin anda pasti kagum.

Berikut adalah ringkasan empat bahagian utama panduan ini.

  • Pengenalan kepada Taruhan Sukan

Inilah titik permulaan untuk golongan pemula. Ia menerangkan asas-asas taruhan sukan dan menawarkan nasihat tentang cara untuk membangunkan beberapa kemahiran pertaruhan yang penting.

  • Jenis Taruhan Sukan

Di sini kita melihat pelbagai jenis taruhan sukan. Ini termasuklah sukan fantasi harian, taruhan pertukaran dan taruhan spread.

  • Taruhan Dalam Talian & Laman Yang Disyorkan

Bahagian ini mengutarakan peletakan taruhan dalam talian. Kami menawarkan banyak nasihat yang berguna dan mencadangkan laman-laman yang terbaik merentas kategori yang berbeza.

  • Strategi Taruhan Sukan

Dalam bahagian strategi kami, anda boleh mempelajari cara untuk meningkatkan kemahiran anda dan mula menghasilkan keuntungan.

Bukan itu sahaja! Selain daripada panduan pertaruhan individu bagi pelbagai jenis sukan kami juga sediakan begitu banyak maklumat dan nasihat tambahan. Panduan kami akan sentiasa diusahakan kerana ia dikemas kini dan dikembangkan secara berterusan. Kami sentiasa cuba membuat penambahan baik dengan apa cara sekalipun.

Sekiranya anda tidak pernah membuat taruhan seumur hidup anda atau sebaliknya sudah banyak pengalaman, itu tidak penting. Mahupun jika matlamat utama anda adalah untuk berseronok atau menghasilkan keuntungan jangka masa panjang. Kami AKAN membantu anda mencapai matlamat anda. Itu janji kami!

Pada peringkat ini anda pasti tertanya-tanya tentang identiti “kami”. Ia bukan suatu rahsia besar. Kami adalah sebahagian daripada pasukan di sebalik GamblingSites.com dan fokus utama kami adalah pertaruhan sukan. Kami merupakan kumpulan petaruh berpengalaman yang telah mengkaji selok-belok kemenangan sejak bertahun-tahun. Kami tidak mengiklankan nama kami kerana segalanya dilakukan bukan untuk kemasyhuran atau kemegahan. Lagipun kami tidak ingin menarik perhatian pengambil taruhan (bookmaker)!

Sebelum kami teruskan dengan penerangan terperinci kandungan panduan ini, berikut adalah beberapa ungkapan yang diambil daripada e-mel yang dihantar oleh para pembaca kami.

“Saya ingin ucapan terima kasih untuk segala maklumat yang disediakan di laman anda. Kini saya faham kerumitan taruhan sukan yang saya tidak tahu sebelum ini.”
“Pengetahuan saya mengenai taruhan sukan amat terhad, tetapi panduan anda amat berguna dan mudah untuk difahami.”
“Dulu taruhan sukan hanya hobi untuk suka-suka tetapi kini semuanya telah berubah sejak membaca panduan anda. Saya lebih serius dan hasilnya juga lebih bagus.”
“Kamu memang hebat! Saya biasanya kalah dalam pertaruhan bola sepak tetapi dengan bantuan kamu saya asyik menang berbanding kalah. Masih banyak yang perlu dipelajari sebelum saya mampu menghasilkan keuntungan tetapi saya yakin akan mencapainya suatu hari nanti.”

Demi kepentingan keseimbangan kami harus katakan bahawa bukan SEMUA e-mel yang kami terima adalah positif. Ini adalah petikan daripada seorang pembaca yang kurang berpuas hati.

“Kenapa kamu SENTIASA menyebut tentang MU dan Chelsea dalam panduan taruhan bola sepak? Bukan semua orang suka dua pasukan itu. Cuba jangan berat sebelah boleh ke tak? Hidup Liverpool! YNWA!”

Sejujurnya kami rasa tak ada pula kami terlalu meyebut fasal MU dan Chelsea. Namun kami ingin membuktikan keprihatinan kami terhadap peminat Liverpool tersebut dan kami ingin pastikan supaya tidak memberi penekanan ke atas mana-mana pasukan atau pemain yang spesifik.

Pengenalan kepada Taruhan Sukan

Salah satu aspek taruhan sukan yang paling menarik adalah betapa mudahnya ia pada peringkat asas. Kita cuba meramal keputusan perlawanan kemudian membuat taruhan sewajarnya. Kita menang jika ramalan itu betul dan kalah jika ramalan itu salah.

Walaupun konsep asasnya agak jelas, ada aspek selain daripada membuat ramalan dan menang atau kalah. Sebelum anda merisikokan hasil titik peluh sendiri, ada beberapa perkara yang perlu difahami. Perkara itu dijelaskan dalam bahagian ini.

Mari kita meneliti maklumat yang boleh dijumpai dalam bahagian ini. Bahagian pertama dalam pengenalan kami mengandungi beberapa artikel mengenai topik-topik yang berlainan. Berikut adalah beberapa contoh.

Mengapa Bertaruh Pada Sukan?

Kami menilai beberapa sebab yang sah untuk memilih pertaruhan sukan dan sebaliknya beberapa sebab untuk tidak memilihnya.

Fakta Pertaruhan & Fiksyen Pertaruhan

Kami menyenaraikan beberapa fakta penting yang harus diketahui oleh petaruh yang mahir dan menyingkirkan beberapa mitos yang kerap didengar.

Taruhan untuk Rekreasi lwn Taruhan untuk Untung

Artikel ini menerokai kewajaran relatif dua pendekatan ini dan menawarkan nasihat untuk setiap satu.

Cabaran Terbesar dalam Taruhan Sukan

Sudah bersedia untuk membuat taruhan? Anda mungkin menukar fikiran selepas membaca artikel ini di mana kita melihat cabaran terbesar yang anda akan hadapi.

Terdapat juga beberapa artikel yang meliputi perundangan taruhan sukan dan perbandingannya dengan jenis perjudian lain serta risiko dan ganjaran yang terlibat. Bahagian kedua dalam pengenalan pula memberi tumpuan kepada maklumat penting yang anda perlu tahu sebelum bermula. Beberapa contoh disenaraikan di bawah.

Persediaan: Pengetahuan Asas

Ini adalah artikel terperinci yang meliputi segala aspek penting taruhan sukan, misalnya komponen “wager” dan peranan pengambil taruhan atau “bookmaker”.

Jenis Taruhan

Taruhan (atau “wager”) tertentu amat mudah difahami dan yang lain pula agak rumit. Tetapi ia amat berguna untuk memahami cara setiap satunya berfungsi.

Memahami Odds & Mengira Bayaran Kemenangan

Odds adalah komponen penting mana-mana taruhan atau pilihan, jadi adalah penting untuk memahaminya. Artikel ini menerangkan apa yang anda perlu tahu.

Membuat Pilihan Anda

Artikel ini meliputi bagaimana untuk mempuat pilihan anda. Ia mengandungi penerangan yang praktikal dan nasihat untuk membuat pilihan dengan betul.

Bahagian terakhir bab pengenalan adalah amat bernilai. Ia bercirikan banyak nasihat yang akan membantu anda membangunkan kemahiran pertaruhan asas. Ini amat berguna bagi mereka yang ingin bertaruh untuk suka-suka dan juga mereka yang bertaruh untuk keuntungan. Berikut adalah serba sedikit kandungannya.

Petua Utama Untuk Pemula

Petua-petua dalam artikel ini memastikan anda membangunkan tabiat baik dari mula lagi.

Kesilapan Biasa Pertaruhan

Di sini kami menyenaraikan beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang baru dalam taruhan sukan. Kami juga menawarkan nasihat untuk mengelak kesilapan itu.

Pengurusan Bankroll & Pelan Taruhan Yang Ringkas

Pengurusan bankroll adalah salah satu kemahiran yang paling penting ketika terlibat dalam taruhan sukan. Artikel ini TERAMAT penting.

Mencari Nilai dalam Odds Pertaruhan

Pengecaman nilai adalah suatu kemahiran yang perlu dipelajari. Ketahui lebih lanjut tentang konsep nilai dan mengapa ia begitu penting dalam artikel ini.

Jenis Taruhan Sukan

Dalam bahagian ini kami menerokai pelbagai jenis taruhan sukan. Terdapat lebih daripada yang anda fikirkan! Jenis “tradisional” adalah odds tetap yang menjadi fokus utama panduan kami, tetapi terdapat beberapa jenis taruhan lain yang anda perlu tahu.

Salah satu jenis yang dinyatakan adalah sukan fantasi harian (DFS). Peraduan DFS semakin popular baru-baru ini terutamanya di Amerika Syarikat. Ia bukan sahaja seronok tetapi ia juga cara yang unik untuk menguji pengetahuan sukan anda dan menghasilkan wang. DFS adalah berbeza SEPENUHNYA daripada pertaruhan odds tetap dan lebih berisiko dari aspek tertentu. Kami telah mendedikasikan satu bahagian penuh dalam laman web kami untuk DFS. Sila bacanya untuk mengetahui lebih lanjut.

Jenis lain yang diliputi adalah seperti berikut.

Taruhan Sukan Dalam Talian

Peletakan taruhan secara dalam talian tidak wujud semasa permulaan taruhan sukan. Tetapi kini hampir setiap taruhan dilakukan secara dalam talian. Terlalu banyak kelebihan untuk jenis taruhan ini sehinggakan cara yang lain tidak perlu difikirkan lagi. Ia pantas dan SANGAT mudah. Anda tidak perlukan sebuah komputer kerana pertaruhan boleh dibuat dengan telefon pintar atau peranti mudah alih yang lain. Teknologi begitu hebat kan?

Bahagian taruhan sukan dalam talian mengandungi panduan langkah demi langkah untuk bermula dan banyak petua untuk memanfaatkan pengalaman dalam talian anda. Jika anda berminat untuk membuat pertaruhan dalam talian, pastikan anda membacanya.

Kami telah menyenaraikan beberapa artikel kegemaran kami di bawah ini.

Kelebihan Taruhan Dalam Talian

Perbincangan terperinci tentang pelbagai manfaat pertaruhan dalam talian jika dibandingkan dengan alternatif lain. Artikel ini juga meliputi beberapa kelemahan kecil.

Memilih Tempat untuk Bertaruh

Nampaknya bilangan laman taruhan sukan tiada penghujungnya. Artikel ini direka untuk membantu anda membuat keputusan yang wajar berkenaan laman taruhan dalam talian untuk digunakan.

Keselamatan Taruhan Dalam Talian

Taruhan dalam talian seharusnya suatu pengalaman yang selamat dan seronok. Artikel ini tertumpu pada langkah berjaga-jaga yang harus diambil agar anda dilindungi.

Evolusi Taruhan Dalam Talian

Ketahui bagaimana taruhan dalam talian berevolusi sejak permulaan perjudian internet. Perkembangannya agak luar biasa!

Antara perkara utama yang dilakukan di GamblingSites.com adalah membantu pembaca kami mencari tempat yang terbaik untuk berjudi. Anda mungkin telah membaca sedikit nasihat tentang cara memilih tempat untuk bertaruh dalam bahagian taruhan sukan dalam talian yang dirangka di atas. Walaupun nasihat tersebut amat berguna, kami rasa lebih berguna jika kami menyediakan cadangan secara langsung.

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah laman-laman taruhan sukan yang menerima penarafan terbaik oleh kami.

Kami membuat cadangan ini berdasarkan penyelidikan dan ujian yang teliti. Kami sentiasa menilai laman yang mempunyai tawaran terbaik dan pada masa ini, jenama inilah yang menduduki tempat utama. Berminat untuk mengetahui proses untuk menilai laman-laman ini? Sila lihat artikel berikut.

Selain penilaian laman yang terbaik secara keseluruhan, kami juga menarafkannya mengikut beberapa kategori yang berlainan. Contohnya, kami menarafkan laman-laman terbaik mengikut kawasan atau keperluan spesifik anda. Ini pilihan kategori yang paling popular.

Untuk senarai kategori yang lengkap dan maklumat lanjut mengenai laman terbaik yang disyorkan, sila layari halaman berikut.

Strategi Taruhan Sukan

Bahagian ini dalam panduan taruhan sukan boleh dikatakan bahagian yang paling bernilai. Di sini kami berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang telah membantu kami menghasilkan jumlah wang yang banyak dalam pertaruhan selama ini. Tetapi sebelum kami teruskan, benarkan kami menjelaskan sesuatu perkara.

Bahagian strategi kami BUKAN rancangan yang sempurna untuk pertaruhan sukan yang menjaminkan kejayaan segera. Malangnya ia tidak wujud.

Jangan fikir bahawa anda akan segera menjadi pemenang selepas membaca bahagian strategi kami. Itu tidak akan berlaku! Sesetengah maklumat dan nasihat daripada kami adalah jelas dan mudah difahami. Ini bermaksud anda boleh menggunakannya dengan serta merta. Namun kami tidak pernah memberitahu anda apa yang perlu dilakukan dan bila untuk melakukannya. Jadi, jangan anggap strategi tersebut akan menghasilkan wang kemenangan untuk anda tanpa buah fikiran anda sendiri.

Kami bermatlamat untuk membangunkan kemahiran pertaruhan anda dan mengajar anda cara untuk membuat keputusan pertaruhan yang baik secara tetap dan konsisten. Jika anda mencari jalan pintas untuk menghasilkan wang, ini bukan tempatnya. Anda perlu meluangkan masa dan usaha untuk memanfaatkan maklumat dan nasihat yang ditawarkan oleh kami.

Di bawah ini adalah beberapa contoh artikel yang terkandung dalam bahagian ini.

Panduan Taruhan Mengikut Sukan

Segala yang diliputi oleh kami setakat ini berkaitan dengan pertaruhan sukan dalam erti kata umum. Jika anda serius untuk cuba menghasilkan wang daripada pertaruhan sukan maka anda perlu tahu bahawa sukan tertentu memerlukan pendekatan yang berbeza. Misalnya, peletakan taruhan pada perlawan tenis memerlukan set kemahiran yang berbeza daripada taruhan pada perlawanan bola keranjang.

Oleh demikian kami telah menghimpunkan beberapa panduan yang memberi fokus pada sukan individu. Panduan-panduan tersebut mengandungi maklumat, nasihat dan strategi relevan yang khas kepada sukan yang dinyatakan. Ia juga mengandungi butiran tentang kejohanan, liga dan acara besar untuk membuat taruhan.

Panduan kami yang paling popular adalah panduan bola sepak amerika. Ini adalah panduan yang amat komprehensif dan termasuk bahagian strategi lanjutan yang meliputi NFL dan bola sepak peringkat kolej.

Panduan popular berikut juga amat berbaloi untuk dibaca.

Kami juga menyediakan butiran terperinci tentang sukan popular lain sepertimana disenaraikan di bawah.

Hoki Padang
Baling Damak
Snuker
Lumba Basikal
Bola Sepak Peraturan Australia

Maklumat & Nasihat Tambahan

Sesetengah bahagian dalam panduan taruhan sukan kami tidak dapat dikelaskan dalam kategori yang spesifik. Contohnya kami menyediakan, alat penukar odds yang berguna. Alat ini adalah percuma dan boleh digunakan untuk menukar odds kepada format pilihan dengan mudah. Ia juga mengira kebarangkalian yang terlibat. Ini pasti amat berguna kelak.

Kami juga menghimpunkan senarai buku taruhan sukan yang disyorkan. Jika anda ingin melanjutkan pengetahuan anda, buku-buku yang disenaraikan akan mendedahkan sesuatu baharu. Anda juga boleh membaca artikel-artikel berikut.

Soalan Lazim Taruhan Sukan

Maklumat dan nasihat dalam panduan ini begitu luas dan akan menjawab setiap soalan yang anda mungkin ada tentang taruhan sukan. Ia juga mungkin mengandungi soalan yang anda tidak pernah fikirkan. Walaupun demikian, kami mencadangkan supaya anda membaca keseluruhan artikel ini. Demi kemudahan anda, kami telah memilih beberapa soalan lazim yang PALING KERAP ditanya dan menjelaskannya dengan teliti.

Mengapa taruhan sukan begitu popular?

Di mana untuk bermula? Terdapat BANYAK sebab mengapa taruhan sukan merupakan jenis perjudian yang popular. Pertama sekali, asas taruhan sukan amat terus terang jadi ia senang untuk difahami. Berbanding jenis perjudian lain, anda tidak perlu mempelajari pelbagai peraturan yang rumit sebelum bermula. Petaruh lain pula menyukai pilihan yang ditawarkan dalam kategori taruhan sukan. Bukan hanya pelbagai sukan untuk dipilih, malah terdapat pelbagai pilihan taruhan juga.

Ada kalangan petaruh yang menyukai cabarannya. Ia adalah cara yang baik untuk menguji dan menilai tahap pengetahuan sukan anda. Yang lain pula menikmati keterujaan yang dirasai daripada taruhan sukan. Menonton sukan LEBIH seronok apabila wang dipertaruhkan.

Salah satu sebab utama sukan taruhan begitu popular adalah kebolehan untuk memenangi wang. Hanya perlu membuat pilihan, meletakkan sejumlah wang dan anda akan berpeluang untuk mendapat kemenangan.

Adakah benar-benar mungkin untuk memenangi wang?

Ya, ya dan ya. Kami tidak dapat menekankan lagi perkara ini. Ramai yang rasa ia tidak mungkin untuk memenangi wang daripada taruhan sukan. Sebenarnya tidak. Ya, memang SUKAR untuk menang dengan tetap dan konsisten. Dan ya, kekalahan juga mungkin berlaku. Tetapi ramai di luar sana yang telah mengalahkan pengambil taruhan berulang kali. Bolehkah ANDA melakukannya juga? Sudah pasti. Jika anda benar-benar mahu, tiada apa yang dapat menghalang anda. Anda hanya perlukan pendekatan, kemahiran dan pengetahuan yang baik. Semua itu boleh dijumpai dalam panduan ini.

Mengapa ramai petaruh sukan kalah?

Anda mungking pernah dengar ungkapan “Tidak wujud pengambil taruhan yang miskin.” Ini tidak benar sepenuhnya tetapi maksud disebaliknya ada kebenarannya. Kebanyakan pengambil taruhan menghasilkan keuntungan kerana mereka amat mahir dalam memanfaatkan kelebihan ke atas pelanggan mereka. Lebih-lebih lagi, pelanggan mereka itu tidak bersedia untuk melakukan apa yang diperlukan untuk mengalahkan mereka. Pelanggan ini biasanya lebih mementingkan keseronokan berbanding wang; dan tidak salah jika mereka berbuat demikian.

Hakikatnya, ia amat sukar untuk menewaskan pengambil taruhan. Ia mengambil masa dan usaha yang banyak untuk menjadi petaruh yang berjaya. Mereka yang tidak melaburkan masa dan usaha AKAN kalah.

Adakah taruhan sukan menyalahi undang-undang?

Itu bergantung pada keadaan. Biasanya kami suka memberi jawapan jelas, tetapi malangnya soalan ini tidak dapat dijawab dengan jelas. Mengapa? Ini kerana undang-undang berkenaan taruhan sukan berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Di kawasan tertentu ia adalah 100% sah dan yang lain pula 100% haram. Ia tidak begitu jelas di rantau-rantu lain. Adalah biasa untuk beberapa jeni pertaruhan dikelaskan sebagai sah dan tidak sah di sisi undang-undang. Nasihat terbaik oleh kami adalah supaya anda periksa undang-undang tempatan anda.

Berapa banyak wang yang saya perlukan?

Secara relatif anda boleh membelanja sebanyak atau sesedikit yang anda mahu. Anda tidak wajib membelanjakan jumlah yang banyak untuk berseronok dan kebanyakan pengambil taruhan menawarkan taruhan minimum yang amat rendah. Saiz bankroll yang sederhana diperlukan jika anda serius dalam percubaan untuk menghasilkan wang, tetapi angka ini tidak mencecah beribu-ribu.

Perkara paling penting untuk ingat adalah anda hanya patut bertaruh wang yang anda mampu hilang. Tidak kiralah berapa angka itu selagi ia bukan wang yang perlu digunakan untuk membayar bil. Merisikokan wang sampingan itu tidak apa, tetapi JANGAN merisikokan wang keperluan.

Bolehkah saya ketagihan taruhan sukan?

Ya. Seperti lain-lain jenis perjudian atau aktiviti, ADA risiko ketagihan. Jika anda bersifat mudah ketagih atau menghadapi masalah sukar mengawal diri dan tidak berdisiplin, lebih baik anda melupakan perjudian sepenuhnya.

Ketagihan hanya menjejaskan sebilangan kecil kaki judi tetapi anda harus meyedari risiko ini. Jangan sesekali fikir ia tidak akan berlaku kepada anda. Ia boleh berlaku kepada SESIAPA sahaja. Oleh itu, sila ambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan anda tahu bagaimana untuk bertanggungjawab semasa berjudi.

Di manakah saya harus membuat taruhan?

Ini terpulang kepada anda. Ingat bahawa pilihan anda mungkin terhad bergantung pada tempat tinggal anda. Jika anda berada di Nevada atau berdekatan maka anda boleh menggunakan buku sukan yang dijumpai di banyak Kasino Las Vegas. Jika anda menetap di United Kingdom terdapat banyak kedai pengambil taruhan yang boleh digunakan. Di rantau-rantau lain kemungkinan besar pilihan ini tidak disediakan.

Walaupun begitu, selagi anda mempunyai akses internet anda boleh menggunakan laman taruhan dalam talian. Sebenarnya kami mengesyorkan cara itu kepada anda. Pada pendapat kami, ia adalah cara yang PALING MUDAH untuk membuat taruhan. Tetapi pastikan anda hanya menggunakan laman yang bereputasi baik dan boleh dipercayai – seperti laman-laman yang disebutkan sebelum ini.

Sukan manakah saya patut bertaruh?

Sekali lagi, ini terpulang kepada anda. Ada sedikit pertikaian bahawa taruhan pada sukan tertentu adalah lebih baik daripada sukan lain, tetapi satu jenis sukan mungkin sesuai untuk seseorang individu tetapi tidak sesuai untuk individu lain. Akhirnya ia mengikut keutamaan peribadi.

Adalah lebih logik adalah untuk menumpukan perhatian pada sukan(-sukan) yang anda paling arif. Ini memberi anda peluang terbaik untuk memenangi wang dalam jangka masa pendek.

Berapa banyak sukan saya patut bertaruh?

Ini juga terpulang kepada anda. Ia bergantung pada sama ada anda bertaruh untuk suka-suka atau untuk menghasilkan keuntungan. Sekiranya hanya untuk berseronok ia tidak begitu penting berapa jenis sukan anda bertaruh. Jika anda lebih serius kami cadangkan supaya menyempitkan tumpuan anda. Anda tidak perlu menjadi pakar dalam satu jenis sukan tetapi tidak begitu bijak jika anda bertaruh pada pelbagai sukan yang berlainan.

Huge $1,000 Deposit Bonus
Get my Bonus