Panduan Pakar Taruhan eSukan 2019

Taruhan e-sukan kini menjadi sesuatu yang BESAR. Jenis taruhan yang (agak) baharu ini bermula dengan perlahan namun ia telah mendapat sambutan yang hangat sejak beberapa tahun ini. Pertumbuhan kategori ini begitu pesat dan anggaran pasaran taruhan eSukan global dijangka mencecah hampir $30 bilion menjelang 2020.

Angka tersebut amat mengagumkan terutamanya kerana ia masih dianggap “kurang popular” pada pandangan tertentu. Pangkalan peminat e-sukan kini amat besar tetapi ia belum dapat menandingi pangkalan peminat sukan tradisional seperti bola sepak, ragbi dan tenis. Kebanyakan orang di luar golongan peminat sukan ini, tidak tahu apa-apa mengenai e-sukan. Apatah lagi tentang taruhan sukan?

Jadi, apa itu e-sukan? Dan bagaimana taruhan e-sukan berfungsi?

Anda akan menemui jawapan untuk soalan-soalan ini (dan banyak lagi) dalam panduan komprehensif ini. Ia telah dihimpun secara teliti oleh pasukan pakar kami bagi membantu SESIAPA SAHAJA yang berminat dalam pertaruhan e-sukan. Satu bahagian khas didedikasi kepada segala-galanya tentang e-sukan dan bahagian lain meliputi bagaimana pertaruhan berfungsi.

Selain itu, beberapa petua taruhan asas untuk pemain pemula dan nasihat strategi yang lebih lanjut turut disediakan. Kami telah mengesyorkan laman taruhan e-sukan yang terbaik dan menyertakan satu bahagian untuk berita terkini dan butiran acara-acara yang akan datang.

Kami pasti boleh membantu anda berseronok dengan jenis taruhan ini, malah nasihat kami mungkin dapat membantu anda menghasilkan wang. Anda boleh menerokai halaman ini untuk butiran lanjut atau gunakan pautan di bawah untuk terus ke bahagian yang menarik minat anda.

Perihal e-sukan

Bahagian ini adalah khas untuk golongan yang baru menceburi bidang e-sukan. Kami menjelaskan segalanya tentang kategori sukan ini dan setiap perkara yang terlibat. Mari kita mula dengan tinjauan ringkas tentang apa itu e-sukan sebenarnya.

Istilah e-sukan adalah singkatan bagi “sukan elektronik” dan ia merujuk kepada permainan video kompetitif. Kami merujuk kepada pemain yang bersaing antara satu sama lain dalam pertandingan permainan video. Ini bukan sesuatu yang baru kerana ia telah lama dilakukan di rumah sejak kewujudan komputer dan konsol permainan yang pertama.

Bermain permainan video di rumah.

Berjuta-juta ramai di seluruh dunia seronok bermain permainan video kegemaran dengan rakan dan keluarga.

Dahulu kala, satu-satunya cara untuk bersaing dengan pemain sebenar adalah dengan menghadap mesin yang sama. Tetapi kini kita boleh bermain menerusi internet. Ini bermakna kita boleh bermain dengan sesiapa sahaja di dunia sambil duduk di rumah sahaja.

Menurut laporan, lebih daripada SATU BILION pemain mengambil bahagian dalam permainan video dalam satu bentuk atau yang lain. Ini merupakan statistik yang menakjubkan dan membuktikan betapa popularnya permainan video pada masa ini. Semestinya bukan semua gamer bermain menentang pemain lain kerana ada juga yang suka bermain berseorangan. Tetapi tidak hairan lagi bahawa permainan melawan pesaing sebenar menjadi pilihan ramai.

Kebanyakan gamer ini digelar “gamer kasual”.

Gamer kasual lebih cenderung bermain permainan video untuk keseronokan sahaja. Kebanyakan daripada mereka menyertai pertandingan dalam talian dan bermain dalam peraduan yang dianjurkan tetapi pada dasarnya mereka bermain untuk aspek keseronokan. Walaupun pertandingan kasual dan tidak formal ini masih dikelaskan sebagai e-sukan dari segi teknikal, istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada dunia profesional.

Ya, benar-benar wujud acara permainan video profesional. Ini mungkin sesuatu yang mengejutkan jika anda baru mengenali e-sukan tetapi ia adalah 100% benar dan ia adalah sebuah dunia yang amat LUAS. Jika anda seorang gamer maka anda mesti tahu bahawa permainan kasual juga amat kompetitif, tetapi e-sukan profesional pula berada pada tahap yang berlainan sama sekali. Pertandingan besar tertentu melihat pasukan dan pemain bersaing untuk hadiah wang tunai sebanyak berjuta-juta dolar.

Kebanyakan pertandingan e-sukan profesional dianjurkan di hadapan audiens secara langsung.

Pertandingan e-sukan profesional sering kali dimainkan di hadapan penonton secara langsung di stadium dan arena.

Pertandingan ini BUKAN HANYA menarik penonton secara langsung tetapi ia juga ditonton oleh berjuta-juta peminat di seluruh dunia melalui perkhidmatan penstriman dalam talian seperti YouTube dan Twitch.tv. Bahkan rangkaian TV besar juga telah mula terlibat dalam bidang ini, seperti saluran ESPN yang menyiarkan pertandingan e-sukan pada saluran mereka.

Jadi seperti yang dikatakan awal tadi, dunia e-sukan profesional itu agak serius. Kami akan berbincang dengan lebih lanjut dalam artikel berikutnya. Ini adalah wajib untuk dibaca jika anda mahu memahami selok-belok e-sukan.

Artikel di atas merangkumi semua aspek penting e-sukan yang anda perlu tahu. Terdapat beberapa aspek penting yang anda WAJIB tahu dan kami telah meliputinya dengan lebih lanjut pada halaman-halaman yang lain. Ia adalah seperti berikut:

  • Permainan e-sukan
  • Pertandingan dan liga e-sukan
  • Pasukan dan pemain e-sukan

Sebelum anda mula bertaruh pada e-sukan adalah PENTING supaya anda mempunyai pemahaman jelas tentang sekurang-kurangnya beberapa permainan video yang dimainkan. Tidak mungkin untuk membuat keputusan taruhan yang baik tanpanya. Tidak wajib untuk menjadi seorang pakar tetapi anda perlu memahami bagaimana permainan ini dimainkan dan beberapa strategi yang terlibat.

Walaupun terdapat berpuluh-puluh permainan e-sukan yang berlainan, majoriti pertandingan profesional memainkan hanya beberapa tajuk popular. Berikut adalah senarai permainan yang paling kerap dilihat.

Permainan eSukan Popular

Battlefield
Battlefield
Call of Duty
Call of Duty
Counter-Strike Global Offensive
Counter-Strike Global Offensive
Dota 2
Dota 2
FIFA Bola Sepak
FIFA Bola Sepak
Halo
Halo
Hearthstone: Heroes of Warcraft
Hearthstone: Heroes of Warcraft
Heroes of the Storm
Heroes of the Storm
League of Legends
League of Legends
Overwatch
Overwatch
PUBG
PUBG
Rocket League
Rocket League
Smite
Smite
Starcraft II
Starcraft II
Street Fighter
Street Fighter
Super Smash Bros.
Super Smash Bros.
World of Tanks
World of Tanks

Ingat bahawa anda tidak perlu mempelajari SETIAP permainan ini. Tetapi anda harus tahu tentang apa-apa sahaja yang anda ingin membuat taruhan. Kami boleh membantu anda kerana kami telah menyediakan panduan-panduan komprehensif untuk setiap satu daripada permainan yang disenaraikan di atas. Sila lihat halaman berikut untuk maklumat lanjut.

Adalah penting untuk memahami struktur dan format mana-mana pertandingan e-sukan yang anda ingin membuat taruhan. Sekali lagi kami ingin katakan; ini akan membantu anda membuat keputusan taruhan yang lebih baik. Ratusan pertandingan dan liga dianjurkan di seluruh dunia tetapi ia lebih bagus untuk menumpukan perhatian kepada acara yang paling besar. Berikut adalah senarai peraduan e-sukan profil tinggi pada masa ini:

Pertandingan & Liga eSukan Utama

Kejuaraan Antarabangsa Dota2
Kejuaraan Antarabangsa Dota2
ELEAGUE
ELEAGUE
Capcom Pro Tour
Capcom Pro Tour
Kejuaraan Call of Duty
Kejuaraan Call of Duty
eGames
eGames
Siri Kejuaraan Evolution
Siri Kejuaraan Evolution
Major League Gaming
Major League Gaming
Intel Extreme Masters
Intel Extreme Masters
Siri Kejuaraan Dunia Battle.net
Siri Kejuaraan Dunia Battle.net
Halo Kejuaraan Dunia
Halo Kejuaraan Dunia
Kejuaraan Dunia League of Legends
Kejuaraan Dunia League of Legends
World Electronic Sports Games
World Electronic Sports Games

Sila lihat halaman berikut untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan-pertandingan ini (dan lebih lagi).

Anda juga perlu tahu tentang pemain dan pasukan yang menyertai pertandingan e-sukan dan anda pasti tahu mengapa. Adakah anda akan bertaruh pada perlawanan bola sepak antara dua pasukan yang tidak dikenali? Bagaimana pula perlawanan tenis tanpa mengenali pemain yang terlibat? Kami rasa anda tidak akan (dan tidak patut) bertaruh pada suatu pertandingan e-sukan tanpa mengetahui segalanya tentang peserta yang terlibat.

Halaman berikut mengandungi butiran tentang pasukan dan pemain e-sukan yang terunggul di luar sana. Harap maklum bahawa kami mengemaskini halaman ini sekerap mungkin tetapi kami masih mencadangkan supaya anda membuat kajian tambahan sambil membacanya. Segalanya mampu berubah dengan PANTAS di dunia e-sukan.

Terdapat tiga lagi halaman untuk disebut dalam bahagian ini. Sejujurnya, kami tidak menganggap maklumat ini sebagai penting dan tiada apa-apa di sini yang anda WAJIB tahu. Ia hanya meliputi beberapa topik yang kami fikir mungkin menarik minat anda dan ia agak berbaloi untuk dibaca pada pendapat kami. Oleh itu, sila bacanya jika anda kelapangan masa.

Taruhan E-Sukan untuk Pemula

Sebaik sahaja anda memahami segalanya tentang e-sukan (atau jika anda memang sudah arif) anda kini sedia untuk mempelajari bahagian pertaruhan. Sebagai permulaan, kami mencadangkan artikel berikut yang menerangkan setiap asas taruhan e-sukan yang perlu diketahui.

Terdapat beberapa cara untuk membuat taruhan e-sukan. Ini adalah senarai pilihan yang paling popular.

  • Taruhan wang sebenar
  • Taruhan kulit
  • Taruhan sosial
  • Taruhan fantasi
  • Taruhan cabaran

Ini pula sedikit maklumat ringkas tentang setiap pilihan-pilihan ini.

eSukanTaruhan wang sebenar

Ini adalah sejenis taruhan e-sukan yang paling serupa dengan taruhan sukan tradisional dan berfungsi dengan cara yang sama seperti pertaruhan pada perlawanan bola sepak, sukan tinju atau kejohanan golf. Wang sebenar dipertaruhkan mengikut odds yang ditentukan dan kemenangan dibayar jika ramalan adalah tepat. Taruhan boleh dibuat ke atas pelbagai keputusan termasuklah pemenang perlawanan individu dan kemenangan keseluruhan sebuah kejuaraan.

Ini adalah petikan skrin yang menunjukkan beberapa pasaran pertaruhan yang boleh didapati untuk pertandingan League of Legends yang bakal berlangsung.

Biasanya terdapat beberapa pasaran pertaruhan yang disediakan untuk perlawanan e-sukan individu.

Kami meliputi taruhan e-sukan wang sebenar dengan lebih terperinci dalam artikel berikut.

eSukanTaruhan kulit

Taruhan kulit yang juga dikenali sebagai taruhan item adalah AMAT popular di kalangan peminat e-sukan. Kebanyakan daripada permainan video moden bercirikan matawang maya dan item lain yang boleh ditukar antara pemain dan sering kali menjadi item rebutan yang dicari oleh pemain yang komited. Oleh sebab itu, terdapat banyak laman web lelong dan pertukaran di mana pemain boleh menjual, membeli dan menukar item dan matawang bagi beberapa permainan video yang paling terkenal.

Terdapat juga laman taruhan di mana pemain boleh menggunakan item dan matawang untuk membuat taruhan. Mereka boleh menggunakannya untuk bertaruh pada keputusan pertandingan e-sukan sebagai ganti kepada wang sebenar dan juga digunakan untuk bentuk perjudian yang lain. Contohnya terdapat beberapa laman di mana item tersebut boleh digunakan untuk bermain permainan nasib seperti roulette atau lambungan syiling yang begitu ringkas.

Pemain boleh menggunakan item dalam-permainan untuk bertaruh pada lambungan syiling yang begitu ringkas.

Laman-laman tertentu menjalankan permainan jackpot di mana sebilangan pemain meletakkan kulit mereka dalam suatu tabung dan pemenang tabung tersebut akan dipilih secara rawak. Anda boleh melihat lebih lanjut tentang jenis taruhan ini di halaman berikut.

eSukanTaruhan sosial

Taruhan sosial biasa dilihat dalam komuniti e-sukan di mana rakan-rakan atau kenalan dalam talian membuat taruhan tidak formal ke atas kejadian antara mereka sendiri. Taruhan wang sebenar BOLEH dilakukan tetapi ia biasanya untuk kulit atau item lain. Terma-terma dipersetujui antara dua pihak dan kemudian diselesaikan sewajarnya.

Ia bukan sejenis pertaruhan yang kami syorkan kepada anda kerana pertaruhan dengan rakan-rakan “dunia sebenar” boleh menyebabkan pertikaian atau menjejaskan tali persahabatan. Dan taruhan yang dibuat dengan kenalan dalam talian juga amat berisiko kerana anda tidak pasti jika anda akan menerima hasil kemenangan anda.

eSukanTaruhan fantasi

Ini bukanlah taruhan dari segi teknikal kerana ia serupa dengan sukan fantasi harian bagi sukan tradisional tetapi menggunakan pemain e-sukan untuk menghasilkan roster.

Tidak biasa dengan sukan fantasi harian? Jangan risau. Baca artikel berikut dan segalanya akan menjadi lebih jelas.

eSukanTaruhan cabaran

Juga dikenali sebagai taruhan “head-to-head” di mana pemain bersaing antara satu sama lain untuk wang sebenar atau item dan kulit. Kebanyakan pemain mengaturkan taruhan antara satu sama lain dan kemudian menyelesaikan kemenangan selepas tamat pertandingan. Terdapat juga laman web yang mengaturkan perkara ini dengan lebih formal, dan memerlukan pemain dan/atau pasukan membayar yuran untuk menyertai suatu pertandingan dan para pemenang diganjarkan daripada hasil yuran tersebut.

Semua pilihan ini berbaloi untuk diterokai bagi menjumpai pilihan yang paling sesuai untuk anda. Tetapi hanya sedikit manfaatnya untuk melibatkan diri dalam taruhan cabaran sekiranya anda bukan seorang gamer.

Untuk kebanyakan orang, taruhan wang sebenar e-sukan mewakili peluang yang terbaik untuk menghasilkan keuntungan yang tetap dan konsisten. Kami telah memberi fokus pada bahagian ini untuk sebab tersebut. Petua dan nasihat strategi yang ditawarkan dalam bahagian berikutnya semuanya berkenaan dengan jenis taruhan e-sukan ini.

Petua Taruhan & Nasihat Strategi

Ilmu taruhan e-sukan dan ilmu untuk MENGHASILKAN WANG adalah dua perkara yang berlainan. Ada banyak yang anda perlu tahu jika anda ingin mengalahkan pengambil taruhan (bookmaker) dan menghasilkan keuntungan. Anda juga perlukan banyak kesabaran dan harus bersedia untuk meluangkan masa dan usaha yang secukupnya.

Adakah anda sedia untuk cabaran ini? Bagus! Dengan sikap itu kami pasti boleh membantu anda. Namun ingat bahawa taruhan e-sukan tidak HARUS tertumpu kepada penghasilan wang. Tiada salahnya jika anda hanya bertaruh untuk keseronokan.

Dengan itu, mari kita lihat bagaimana kami dapat membantu anda. Ada BEGITU BANYAK persamaan antara taruhan e-sukan dan taruhan sukan tradisional. Untuk sebab ini, terdapat beberapa artikel dalam panduan utama taruhan sukan kami yang anda patut baca. Ia disenaraikan di bawah dan walaupun ia ditulis dengan mengutamakan taruhan sukan, maklumat dan nasihat yang anda baca sudah pasti akan membantu anda dalam taruhan e-sukan.

Memahami Odds & Mengira Bayaran Kemenangan

Odds tetap odds tidak kira di mana anda bertaruh. Di sini kami menjelaskan asas odds dan bagaimana ia berfungsi, dan juga mengajar kepada anda cara untuk mengira bayaran kemenangan yang berpotensi.

Pengurusan Bankroll & Pelan Pertaruhan Ringkas

Pengurusan bankroll yang baik adalah penting untuk semua petaruh dan artikel ini menawarkan beberapa nasihat yang berguna tentang cara untuk menguruskan wang anda dengan betul dan mengelak daripada “pokai”.

Mencari Nilai dalam Odds Pertaruhan

Konsep nilai adalah sesuatu yang harus difahami oleh semua petaruh dan oleh itu kami telah menulis artikel ini untuk menerangkannya dengan lebih teliti dan mengajar anda cara untuk mengenalpasti nilai semasa bertaruh.

Kajian & Analisis Efektif

Dalam artikel ini kami menjelaskan mengapa pertaruhan itu lebih mudah apabila anda dilengkapi dengan maklumat yang berguna. Kami turut menyediakan sedikit nasihat tentang cara untuk mentafsirkan maklumat dengan cara yang betul.

Penyimpanan Rekod & Analisis Prestasi

Menyimpan rekod terperinci dan menganalisis prestasi pertaruhan anda boleh membawa manfaat dan kami akan mengajar cara untuk melakukannya dengan efektif.

Perbandingan Odds & Pembelian Garisan

Ini adalah satu daripada cara yang paling mudah untuk menambah baik hasil taruhan anda, jadi kami telah mengumpulkan suatu panduan terperinci tentang apa yang harus dilakukan dan mengapa.

Kami juga menulis beberapa artikel dengan nasihat yang spesifik untuk taruhan e-sukan. Salah satu daripadanya bercirikan koleksi petua yang mudah diikuti dan yang lain pula mengandungi butiran lanjut tentang setiap strategi yang terlibat dalam taruhan e-sukan.

Laman Taruhan eSukan Disyorkan

Dahulunya agak mencabar untuk mencari laman taruhan e-sukan yang bagus kerana tidak banyak yang wujud di luar sana. Mujurnya kini tidak lagi. Terdapat BANYAK laman taruhan e-sukan baharu yang telah dilancarkan baru-baru ini dan beberapa laman taruhan sukan sedia ada yang mula menawarkan taruhan e-sukan.

Walaupun bilangan yang semakin banyak itu sesuatu yang baik namun ia telah menghasilkan cabaran yang berbeza – Manakah laman yang patut digunakan? Terdapat terlalu banyak pilihan dan keputusan itu pasti bukan mudah.

Secebis nasihat daripada kami yang sentiasa diulang dalam laman web ini adalah anda MESTI berhati-hati semasa memilih laman pertaruhan. Seperti memilih kasino dalam talian atau laman poker dalam talian, ini juga benar semasa memilih laman taruhan e-sukan.

Mengapa anda perlu berhati-hati?
Kerana bukan semua laman mempunyai standard yang sama.

Laman-laman tertentu bermutu tinggi tetapi sebaliknya terdapat beberapa laman dengan kualiti yang AMAT kurang memuaskan. Ada pula beberapa laman yang anda tidak harus dipercayai untuk mengambil wang anda. Adalah penting supaya anda tidak mendaftar diri di mana-mana laman taruhan e-sukan secara membuta tuli. Anda perlu pastikan bahawa anda memilih laman yang berkualiti terbaik dan boleh dipercayai sepenuhnya. Berikut adalah beberapa cadangan kami untuk laman yang memenuhi kriteria ini.

PenarafanLaman PerjudianBonus DepositMula di sini
#1Bodog88 Logo
Bodog88
50% Hingga 688 RMBKunjungi laman

Laman ini bukanlah SATU-SATUNYA laman yang berbaloi untuk digunakan tetapi ia tergolong dalam kalangan terbaik. Kami memberikannya penarafan tinggi dan kami yakin anda akan mempunyai pengalaman yang baik di mana-mana satu laman ini. Berikut adalah senarai MENGAPA kami memberi penarafan yang begitu tinggi.

  • Laman mantap dengan reputasi baik
  • Boleh dipercayai
  • Bonus dan ganjaran yang bagus
  • Mudah digunakan
  • Liputan acara yang baik
  • Kepelbagaian pilihan taruhan
  • Odds dan garisan kompetitif
  • Banyak kaedah deposit disediakan
  • Pengeluaran cepat

Kami menyediakan butiran lanjut tentang cadangan kami di halaman seterusnya dan menjawab beberapa soalan lazim berkenaan taruhan e-sukan.

Selain daripada cadangan ini kami juga menghimpunkan senarai laman terbaik untuk pertaruhan permainan spesifik. Anda boleh menemuinya di halaman berikut.

Berita Terkini & Acara Akan Datang

Industri e-sukan masih baru lagi dan ia sedang berkembang dengan pesat, oleh itu anda harus sentiasa mengikuti perkembangan terkini jika anda bercita-cita untuk menjadi petaruh e-sukan yang berjaya. Semakin banyak pengetahuan anda semakin tinggi peluang anda untuk mencari pertaruhan yang menguntungkan. Kerana itulah bahagian ini disediakan dalam panduan e-sukan kami.

Kami melaporkan semua berita terkini yang penting dari industri e-sukan. Kami memaklumkan anda tentang perkembangan permainan, pasukan dan pemain yang semakin popular, perubahan peraturan dan banyak lagi. Kami juga menjalankan previu untuk semua acara utama dan memberi nasihat dan petua pertaruhan. Pada dasarnya kami memberitahu anda apa yang perlu diketahui pada masa yang tepat.